Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 November 2014

Gadis enam tahun derita akibat dimasuki penyepit rambut dalam kemaluan


Sepit rambut yang ditemui di dalam kemaluan mangsa.

ALOR GAJAH - Malang buat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun apabila terpaksa menanggung derita hampir sebulan selepas kemaluannya berair dan bernanah akibat dimasuki penyepit rambut.

Kejadian disedari ibu mangsa yang berusia 35 tahun apabila mendapati anak tunggalnya mengadu sakit setiap kali hendak membuang air kecil dan dibawa ke Hospital Alor Gajah, di sini, untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan perubatan dilakukan di Hospital Melaka, Jumaat lalu, merungkai permasalahan itu apabila menemui satu penyepit rambut di dalam kemaluan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, kejadian dipercayai berlaku hampir sebulan lalu apabila ibu mangsa yang bekerja sendiri mendapati kemaluan anaknya kerap berair.

Menurutnya, tidak sedap hati dengan perkara itu, ibu mangsa membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan, namun pihak hospital tidak menemui sebarang penyakit pelik yang mencurigakan.(Metro)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular