Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 20 Jun 2010

Pegawai polis wanita, diantara yang ditahan miliki jam tiruan

( Foto hiaan )



RANTAU PANJANG: Seorang pegawai kanan polis wanita dan seorang warga emas lelaki ditahan kerana disyaki bersubahat memiliki 2,159 jam tangan pelbagai jenama dipercayai tiruan, bernilai lebih RM100,000 dalam satu serbuan di Lorong Osman dekat sini, 2.45 petang tadi.

Penolong Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) 9, DSP Mohamad Latiff, berkata pegawai polis itu ditahan ketika meletakkan kereta di lorong berkenaan.

"Hasil maklumat awam, pihak kami mengadakan intipan dan mengikuti pergerakan kereta itu dan tingkah laku pemandunya itu yang seperti menimbulkan kecurigaan.


"Pihak kami kemudian melakukan serbuan ke atas kereta itu dan menahan pemandu wanita Melayu berusia dalam lingkungan 30-an serta penumpangnya seorang lelaki India dalam lingkungan 60-an," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jawatan atau di mana pegawai polis wanita itu bertugas.

"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu mendapati terdapat lapan beg berisi jam tangan yang dianggarkan setiap satunya bernilai antara RM15 sehingga RM150.

"Dianggarkan semua rampasan itu bernilai RM107,950 dan ia adalah rampasan terbesar membabitkan jam tangan tiruan," katanya.
Mohamad berkata, jam berkenaan dipercayai barangan seludup dari China ke Rantau Panjang melalui sempadan Thailand.

Beliau berkata, barangan yang dirampas dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut.

Katanya, PGA9 turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengadakan operasi membanteras penyeludupan termasuk barangan tiruan ke negara ini dikenali sebagai "Gerak Gempur". - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular