Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Ogos 2010

Tidak berlembut isu kedaulatan




PEKAN - Malaysia tidak pernah berlembut dalam menangani isu yang dilihat mencemarkan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas kejadian demonstrasi terhadap Malaysia di Jakarta pada ketika ini, Perdana Menteri berkata, Kuala Lumpur mahu Jakarta segera mengambil langkah-langkah perlu dalam menangani isu tersebut.

"Sekarang ini, yang penting ialah tindakan pihak berkuasa Indonesia untuk tidak membiarkan perkara ini berlarutan terutama sekali (tindakan terhadap) mereka yang melakukan demonstrasi.

"Ini termasuk kawalan kedutaan (Malaysia) dan apa-apa tindakan lain yang perlu diambil pihak Indonesia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok dan Tanam Semula Komersial RISDA 2010 di sini semalam.

Khamis lalu, kira-kira 600 penunjuk perasaan bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang dan berteriak 'ganyang Malaysia' bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular