Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tunjuk perasaan di indonesia dilakukan kumpulan upahan



KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia baru-baru ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan upahan.

Perdana Menteri berkata, kumpulan-kumpulan itu diupah pihak tertentu untuk melakukan demonstrasi dengan tujuan merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Itu tujuan dia supaya kita marah, kita bertindak balas dan renggang hubungan dengan Indonesia. Jadi kita jangan terperangkap dengan mainan ini,” katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Semalam kira-kira 600 penunjuk perasaan bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang dan berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara.

Najib berkata, beliau tidak menganggap tindakan tunjuk perasaan itu mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat baik.

Beliau berkata, Duta Indonesia di Malaysia Tan Sri Da’i Bachtiar juga sudah dipanggil untuk meminta pihak berkuasa Indonesia melakukan kawalan yang lebih ketat supaya perkara berkenaan tidak berlaku lagi. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular