Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Jun 2011

Buruh Indonesia maut dihempap runtuhan dinding





JEMPOL - Seorang pekerja Indonesia yang melakukan kerja-kerja meruntuhkan sebuah stor lama di Jalan Padang Golf di Taman Jaya Bahau dekat sini kelmarin maut selepas dihempap runtuhan dinding premis berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, Khairi Sukajat, 37, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi pekerja sedang memecahkan dinding sebuah stor lama setinggi dua tingkat di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian mangsa berdiri di atas satu pelantar kayu sambil memecahkan dinding berkenaan.

Bagaimanapun, menurut beliau, secara tiba-tiba pelantar kayu tempat mangsa berdiri patah menyebabkan lelaki itu terjatuh dari ketinggian kira-kira tiga meter.

"Lebih malang serpihan dinding seberat kira-kira 100 kilogram yang sedang dipecah mangsa turut runtuh lalu menghempap kepala mangsa," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular