Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Jun 2011

Kanak-kanak lemas dalam tali air




ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air berdekatan rumahnya semasa menunggang basikal di Kampung Parit Buaya dekat sini, petang semalam.

Mohd. Fahmi Kamarudin, 5, menunggang basikal seorang diri kira-kira pukul 7.00 petang dipercayai terjatuh ke dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Azlina Ahmad, 39, berkata, anak bongsunya itu dilihat bermain bola bersama anak sulungnya di perkarangan rumah mereka apabila dia masuk ke dalam rumah.

"Bagaimanapun apabila melihat Mohd. Arif (anak sulung) masuk ke rumah seorang diri, saya pun bertanya kepada Arif mengenai Mohd. Fahmi. Arif tiba-tiba lari keluar dan menaiki basikal untuk mencari Fahmi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular