Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Jun 2011

Tragedi menghantar rombongan peminangan

Lelaki yang disyaki menikam mangsa ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.




ALOR GAJAH - Majlis menghantar rombongan peminangan seorang lelaki di Kampung Permatang dekat sini, pagi semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripada ahli keluarga lelaki berkenaan tiba-tiba diserang tiga beradik berusia antara 30 hingga 40-an dipercayai akibat salah faham.

Difahamkan dalam pergaduhan itu seorang daripada tiga lelaki yang menyerang ahli keluarga terbabit turut parah akibat terkena tikaman mangsa.

Difahamkan juga pada mulanya mangsa, Mohd Shahir Hashim, 29, ke kedai runcit di kampung itu pada jam 9.30 pagi untuk membeli barang keperluan sambil bersiul mengelilingi kedai sebelum ditegur seorang lelaki dikenalinya berusia 30-an.

Lelaki berkenaan dikatakan menegur perbuatan Mohd Sahir yang dianggap seperti menyindir dirinya dan mencabar beradu tenaga dengannya, namun mangsa bergegas meninggalkan kedai itu.

Menurut saksi yang juga abang ipar mangsa, Aziz Muhamad, 41, ketika kejadian dia sekeluarga berkumpul di rumah ibu mentuanya bersama saudara-mara lain kerana meraikan majlis menghantar rombongan meminang ke Klang, Selangor.

“Selepas Mohd Shahir balik ke rumah, kami sekeluarga yang berbincang dikejutkan dengan kemunculan tiga lelaki dikenali.

“Tanpa memberi salam mereka memekik nama Mohd Shahir dan memintanya keluar ke halaman sebelum berlaku pergelutan antara mereka sehingga bapa saudara saya datang membantu untuk meleraikan pergaduhan itu,” katanya.

Aziz berkata, seorang daripada lelaki itu mengeluarkan besi panjang dan tajam lalu cuba menikam Mohd Shahir serta bapa saudaranya.

Katanya, ibu Mohd Shahir cuba menghalang tindakan seorang daripada lelaki itu yang mengambil bata untuk memukul kepala Mohd Shahir.

“Seorang daripada tiga lelaki itu memaki dan menolak ibu mentua saya hingga terjatuh ke dalam rumah.

“Mohd Shahir meluru masuk ke rumah sebelum keluar memegang pisau menghalang lelaki tadi daripada terus memukul ibunya.

“Lelaki itu mencabar Mohd Shahir hingga berlaku pergelutan dan dia tertikam dua kali mengenai bahagian dada kanan lelaki terbabit,” katanya lagi.

Aziz berkata, dia juga melihat seorang daripada lelaki terbabit menghayunkan besi tajam yang mengenai telinga kiri dan belakang badan Mohd Shahir yang ketika itu bengkak muka akibat tumbukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular