Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Julai 2011

Dakwaan menghina Sultan Perak, tertuduh dibebaskan




KUALA TERENGGANU - Tiada kata-kata yang mampu diluahkan, hanya cucuran air mata tanda kegembiraan si isteri selepas Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melepas dan membebaskan dia bersama suaminya daripada dakwaan menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah melalui penghantaran komen menggunakan bahasa jelek menerusi internet dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh, Fatimah Maisurah Abdullah, 37, dan suaminya, Fuad Ariff Abdul Rashid, 37, dari Kampung Tok Kaya, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, Azman mengarahkan kedua-duanya dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular