Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Julai 2011

Zakat fitrah Johor kekal RM5, RM7.50


SENAI – Kadar zakat fitrah bagi Johor tahun ini kekal pada kadar pembayaran RM5 dan RM7.50 iaitu sama seperti tahun lepas.

Pembayaran zakat fitrah ditetapkan mengikut nilai bagi kadar ini berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri iaitu RM5 (beras bersubsidi atau beras nasional) dan RM7.50 (selain beras tersebut).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (Maij), Ahmad Faisal Mohammed berkata, seperti tahun lepas, jabatan zakat turut mengekalkan kaedah pembayaran melalui amil-amil yang dilantik.

“Orang ramai boleh melayari http://www.maij.gov.my/zakat/ untuk maklumat lanjut,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular