Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 Julai 2011

Jangan cari 'ulat tiket' untuk pulang ke kampung



KUALA TERENGGANU - Berhenti mencari "ulat" jika tidak mahu berhadapan dengan masalah untuk pulang ke kampung menjelang musim perayaan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata jika pengguna terus menagih khidmat ulat tiket, segala langkah yang diambil JPJ untuk menangani kegiatan ulat tidak akan memberi kesan.

"Penguatkuasaan JPJ tidak akan berkesan jika pengguna sendiri tidak berubah dengan membeli terus tiket di kaunter yang disediakan.

"Bagaimanapun JPJ sendiri akan terus memberikan perhatian serius terhadap perkara tersebut termasuk menangkap ulat tiket sama ada di terminal bas atau pun lapangan terbang," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniniti Satu JPJ Khas Pulau Redang di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 33 warga emas di Pulau Redang menerima lesen memandu motosikal masing-masing pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular