Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 31 Julai 2011

Lagu filem Bollywood ciptaan anak Malaysia



KUALA LUMPUR – Kumpulan Goldkartz yang melahirkan album Bhangra pertama negara berjudul “Loaded” kini diberi penghormatan untuk menghasilkan sebuah lagu untuk sebuah filem Bollywood.

Selain album, “Loaded”, kumpulan Goldkartz dianggotai oleh dua adik-beradik Manjit Singh atau M-Ji, 26 dan adiknya Sukhjit Singh atau Surj, 22, turut menghasilkan album kedua bertajuk “Goldkartz 24 Kaaratz” pada awal tahun ini.

M-Ji berkata, mereka mendapat tawaran untuk menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “Mauja” bagi filem “Office Office” yang menjalankan penggambaran selama dua tahun di Mumbai, India.

"Ini merupakan satu penghormatan terhadap bakat yang kami miliki dalam memperjuangkan irama Bhangra dan bangga lagu “Manju” dapat menarik perhatian pengarah muzik filem berjudul “Sajid dan Wajid”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan Goldkartz ditubuhkan pada 2006 dan dikenali sebagai kumpulan yang memperjuangkan irama moden muzik Bhangra.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular