Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 September 2009

Maruah Negara Dicemar

Sejak akhir ini, perasaan hasat + dengki + Iri hati kepada Malaysia oleh negara jiran yang dulunya mendakwa - Serumpun -kian meluap-luap walaupun kita sudah berdiam diri sebagai jalan tengah bagi meredakan keadaan.

Namun selagi kita berdiam - bagi mereka bererti " BENAR " kepada apa yang mereka dakwa dan betul semua tuduhan mereka.

Kita sudah lama bersikap orang yang bijak, berlembut sejajarkan dengan pemikiran rakyat yang jauh kehadapan (yang disemai oleh mantan Perdana Menteri kita Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir) juga mencerminkan budaya bangsa bersisipkan- bersopan - bersantun bila menghadapi sesuatu perkara.

Kita tahu - semua warga dunia ketahuan - mereka yang berdengki dengan kita itu fikirannya masih belum bijak atau belum pintar walaupun telah memiliki ijazah bergolong-golong alamaklumlah mutu pembelajarannya kelas terrendah dari kita.

Tapi cuba kita berfikir sejenak - kita sama-sama telah lama bersabar dengan mendiamkan diri walapun tindakan mereka bermula dengan Konfrontasi 1962 - 1965, tuntutan Pulau Sipadan, Isu rumah Api Tanjung Datu, kemasukan Pendatang Tanpa Izin atau Pendatang Haram, Lagu Rasa-Sayang dan bermacam lagi telah menjadi isu dan sentimen rakyat negara tersebut.

Itulah yang saya katakan diawal tadinya Kemakmuran Malaysia sebenarnya dicemburui oleh rakyat Indonei-sia.



Buktinya, 31 Ogos lalu, sebilangan laman web Malaysia diserang hackers Indonesia. Lebih kurang ajar, pelajar mereka membaling Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan telur busuk. Tidak cukup dengan tindakan itu, semalam 10 aktivis Indonesia menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat, membakar bendera Malaysia di Jakarta Pusat, pada masa sama mengecam presiden Indonesia pengecut dan lembik.

Saya berpendapat berikutan daripada gejala ini cadangan membina Jambatan dari Melaka ke Sumatera akan menggadai kedaulatan negara jika dilaksanakan.

Tulisan saya berikutnya cuba kita semak apa kata mereka dalam facebook dan juga email saya baru-baru ini. ... bersambung

ps - anda sebagai warga negara dan pencinta bumi bertuah Malaysia dipelawa menyampaikan pandangan atau pendapat anda, tetapi tidak menyentuh peribadi mana-mana pihak.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular