Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 14 Januari 2010

Dua buruh Indonesia dipenjara 10 tahun, 10 sebatan kerana miliki ganja


Gambar hiasan; Seorang TKI di Malaysia asal Jombang, Mustakim (35), ditemukan tewas di pinggir hutan Jalan Raya Ponorogo-Solo. Jenazah TKI yang diduga dibunuh itu tiba di rumah duka, Desa Badang, Kecamatan Ngoro, Jombang tahun lalu.


SHAH ALAM- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas dua buruh warganegara Indonesia kerana memiliki 0.941 kg ganja di stesen bas di Pelabuhan Klang, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah tertuduh, Puasaruddin Pasaribu dan Azhari Jamal, kedua-duanya berumur 36 tahun dan berasal dari Sumatera, Indonesia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 Jun 2008.

Puasaruddin dan Azhari didakwa memiliki dadah itu di stesen bas di Jalan Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang, pada pukul 6.15 petang, 9 Jun 2008.

Fakta kes menyebut, Puasaruddin dilihat berada di tepi tandas awam berhadapan stesen bas dalam keadaan mencurigakan dan menyerahkan beg berwarna kuning yang disandang kepada Azhari yang menghampirinya.-Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular