Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Januari 2010

Manohara Buka Pekong di Facebook



Manohara Odelia Pinot Isteri kepada Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra, membuka pekong didada dengan dakwaan dia dan keluarganya menghadapi masalah semasa berada di Kelantan.

Manohara menceritakan detik dan peristiwa yang membawanya ke jinjang perkahwinan (pernikahan) serta dengan pujukan Tengku Muhammad Fakhry sehingga membawanya mengerjakan umrah.

Pendedahan itu terpapar pada FaceBook yang didakwa kepunyaan Manohara.

Kalau difikirkan serta dibuat analisa mengenai penulisan tersebut seolah-oleh ada seseorang yang melakukannya persis kempen untuk memburuk-burukan kerabat DiRaja berkenaan.

Ini berbeda sekali jika kita teliti dan menunton di TV Indonesia pelbagai kerenah dan tuduhan didedahkan dalam beberapa acara yang disiarkan secara langsung.

Begitu juga dengan pendedahan memburuk-burukan itu boleh kita lihat diwebsite youtube ?..

Dengan pendedahan itu saya sekali lagi berfikir .. sebagai seorang yang menganut Agama Islam (sudah pun selesai mengerjakan umrah) sanggup mendedahkan pekong didada?
dikhalayak ... apakah sifat-sifat keibuan yang sejati yang ada pada diri Manohara sudah terhakis?...

Seperkara lagi, tidakkah Manohara mengetahui hukum hakam dalam Islam? bahawa seseorang isteri yang engkar menurut perintah suami nescaya tidak masuk syurga?? lupakah pada hukuman seorang isteri yang jatuh nusyus segala amalannya tidak diterima oleh Tuhan??

Pandangan saya ini bukan untuk menyokong pada mana-mana pihak, saya melontarkan pendapat ini dari segi syariat Islam.

" Ingatlah walaupun kita mempunyai segunung harta - ianya tidak memberi apa-apa kesan atau sufaat malah jauh sekali mendatangkan barokah ... "

Akhirnya saya menyeru, hentikanlah perbuatan memburuk-burukan suami anda dan membuka pekong sendiri - berdiam adalah lebih daripada perbuatan tersebut.



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular