Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 Oktober 2013

Sarjan tentera pukul isteri selepas enggan beri sperma


GEORGE TOWN - Seorang anggota tentera bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun tersebut bertemu dengan isterinya yang berumur 35 tahun di situ sebelum mereka berselisih faham sehingga bertengkar.

Si isteri merupakan warga Indonesia manakala suaminya merupakan lelaki tempatan. Mereka dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sperma lelaki itu diperlukan untuk membolehkan pasangan terbabit menjalani ujian kesuburan.

Sumber memberitahu, dalam pertengkaran itu, si suami yang berpangkat sarjan dan bertugas di sebuah kem tentera di sini gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur.

"Ekoran itu mata kiri mangsa lebam, hidung berdarah dan sakit seluruh badan akibat dipukul. Wanita tersebut yang tidak berpuas hati kemudian bertindak menendang pintu kereta suaminya hingga lelaki berkenaan naik angin dan mengugut mahu membunuhnya (Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular