Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Oktober 2013

FAS nafi terbabit mengatur keputusan perlawanan


KUCHING - Mengarut! Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Abu Bakar Marzuki berhubung dakwaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu menyiasat skuad itu kerana disyaki terbabit mengatur keputusan perlawanan ketika menang besar 6-1 ke atas Perak, 21 September lalu.

Abu Bakar berkata, beliau terkejut apabila laporan sedemikian disiarkan dalam semua akhbar menyebabkan pengurusan FAS menghubungi FAM bagi mendapatkan penjelasan segera.

“Pemain beraksi pada tahap sebenar dan bukan disebabkan gejala itu (rasuah). Semua boleh melihat sendiri bagaimana kami bertungkus-lumus memastikan kemenangan setiap perlawanan.

“Kami (FAS) berasa tidak wajar kenyataan itu dikeluarkan. Sebabkan itulah saya di pihak pengurusan FAS segera menghubungi Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bagi mendapatkan maklumat sebenar mengenai kenyataan itu.

“Kami dimaklumkan FAM tidak mengeluarkan kenyataan ini sebaliknya disalah tafsir setiap akhbar. Kami memberi jaminan semua pemain tidak terbabit dalam mengatur perlawanan,” katanya ketika dihubungi, semalam. (metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular