Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 18 Jun 2014

Jenazah penuntut Malaysia di Mesir tiba


SEPANG - Jenazah penuntut Malaysia, Ummi Nadiah Filzah Daud yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah, Mesir Ahad lalu tiba di tanah air hari ini.

Jenazah penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah, Mesir itu tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 6 petang tadi dari Mesir sebelum dibawa keluar dengan van jenazah pada pukul 7.30 petang tadi.

Turut mengiringi jenazah tersebut adalah ahli keluarganya dan pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar.

Ummi Nadiah Filzah bersama lima lagi rakannya yang merupakan penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah, Mesir terbabit dalam kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir untuk kembali ke tanah air, pada 4 Jun lalu.

Dalam kemalangan itu, Ummi Nadiah Filzah mengalami pendarahan dalaman, Siti Shahirah Abdul Jalil (patah tangan dan rahang), Fatin Inani Mohd Noh (patah rahang) dan Siti Nurul Aisyah Zahari (patah tangan) manakala dua lagi, Najihah Najwa Zulkifli serta Nuraddina Khairunaha, cedera ringan.

Difahamkan, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bandar Tasik Putri, Rawang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Putri, Rawang, selepas Isyak hari ini.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular