Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 April 2015

Mahkota Kasih Mempelai Diraja



BANDAR SERI BEGAWAN - MAJLIS Istiadat Bersanding Diraja di antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah selamat disempurnakan mengikut adat istiadat diraja Brunei dilangsungkan di hadapan ribuan tetamu negara, pembesar-pembesar negara, para jemputan khas yang berada di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada 12 April 2015, mengorak istiadat melakar sejarah.

Memang jodoh dan pertemuan di tangan Allah Subhanahu Wata'ala serta berdasarkan kekuatan cinta membuat kedua-dua Mempelai Diraja telah dipertemukan jodoh dalam Majlis Istiadat Pernikahan Diraja yang dilangsungkan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien pada 9 April lepas.

Dengan ketampanan dan kejelitaan pasangan mempelai diraja, lebih-lebih lagi dengan mengenakan baju kuning keemasan memukau mata setiap para tetamu dan jemputan yang hadir pada Majlis Istiadat Bersanding Diraja, ibarat pinang dibelah dua seperti dalam bait puisi ini 'Mawar' satu Anugerah.

Menyingkap profil kedua-dua mempelai, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik adalah anakanda keenam dan putera kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik diputerakan pada hari Khamis, 19 Ramadan 1403 Hijrah bersamaan dengan 30 Jun 1983 Masihi di Istana Nurul Iman.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular