Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 April 2015

ROGOL: Lelaki Myanmar dihukum penjara dan sebatan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini bagi kesalahan merogol kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Oktober tahun lepas.

Hakim Unaizah Mohd menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Ismail Muhamad Hakim, 23, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 9 April lepas.

Pekerja kilang itu dituduh merogol anak perempuan rakan serumahnya di sebuah rumah di Ampang, di sini pada 1 tengah hari pada 26 Oktober tahun lepas mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan.

Semasa merayu hukuman ringan, peguam mewakili tertuduh, Fadlyzil Ikram Norzailan Shah meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya perlu menanggung keluarganya di Myanmar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama. (SH)



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular