Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Jun 2011

Pembantu jururawat didakwa jual bayi




KUALA LUMPUR — Bekas pembantu jururawat di sebuah hospital swasta hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, tahun lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, Ghulab Jan Abdul Jabir, 49, didakwa memperdagangkan bayi berkenaan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, No 492, Batu 3, Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 2.10 petang, 1 Nov 2010.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Gerard Lazarus yang mewakili Ghulab dalam rayuannya memohon supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya itu tidak lagi bekerja dan memberikan kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan.

"Anak guam saya yang masih belum berkahwin, kini tinggal bersama keluarga dan dibantu oleh adiknya, selepas tidak lagi bekerja sejak ditahan pihak polis pada November 2010,” katanya.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular