Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 September 2011

Anak Melayu S'pura pegang jawatan tertinggi meninggal

Presiden Tony Tan dan isteri melawat keluarga Allahyarham Haji Ridzwan semalam. Bersama mereka ialah (dari kiri) anak Allahyarham, Cik Mushalwah, Cik Ruzikah dan balu Allahyarham, Hajah Mushrifah Abdul Aziz (duduk sebelah Presiden), sementara kakak mereka, Cik Mushriah, berdiri di belakang ibunya.



SINGAPURA - ANAK Melayu yang memegang jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan awam Singapura, Haji Ridzwan Dzafir, meninggal dunia awal pagi semalam.

Allahyarham, 84 tahun, yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki yang pertama dan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) sekitar 8.10 pagi kerana sakit jantung.

Beliau, yang menghidapi penyakit ginjal sejak 2005, menjalani rawatan di SGH sejak sebulan lalu.

Allahyarham, yang pernah menjadi Duta Kelana ke beberapa negara di Amerika Latin, meninggalkan seorang balu, Hajah Mushrifah Abdul Aziz, lima anak, lapan cucu dan empat cicit.

Ketika ditemui di rumah Allahyarham di Frankel Avenue semalam, anak Allahyarham, Cik Mushalwah, yang dalam lingkungan 40-an tahun, memberitahu bahawa bapanya dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu kerana jangkitan dan masalah ginjal.

'Oleh kerana ayah perlu menjalani rawatan, kami sekeluarga terpaksa sambut Hari Raya di hospital. Pagi tadi Allahyarham diserang sakit jantung, dan kami reda dengan pemergiannya,' ujar beliau dengan linangan air mata.

Haji Ridzwan atau 'Pak Wan' memulakan kerjayanya sebagai pegawai kastam sebelum menjadi Pengarah Agung Lembaga Kemajuan Perdagangan (TDB) dari 1983 hingga 1998.

Beliau juga pernah menjadi Presiden Muis dari 1986 hingga 1990 dan CEO Mendaki dari 1990 hingga 1991.

Kemahiran beliau dalam pentadbiran, diplomasi dan di meja rundingan turut mendapat perhatian apabila beliau dilantik Duta Kelana ke beberapa negara di Amerika Latin.

Presiden Tony Tan Keng Yam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong dan mantan Presiden S R Nathan semalam menghantar kawat takziah kepada isteri Allahyarham.

'Sebagai Presiden Muis, beliau telah membantu menggerakkan badan itu mengharungi era baru.

Beliau memainkan peranan penting dalam mengubah Muis menjadi entiti korporat dan memimpin Muslim Singapura ke arah kecemerlangan dalam pelbagai bidang,' ujar beliau yang turut melawat keluarga Allahyarham.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular