Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 September 2011

Komited perkukuh hubungan Malaysia - Brunei

Menteri Pendidikan (dua dari kiri) bersama isteri serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam (paling Kiri) di majlis itu.



BANDAR SERI BEGAWAN - Malaysia sangat komited ke arah memperkukuhkan lagi perhubungan erat dengan Brunei Darussalam sebagai negara jiran.

Lawatan kerja dari Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi konsultasi tahunan ke 15 dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 12 dan 13 September baru-baru ini adalah lambang komitmen dan penetapan ke arah pengukuhan perhubungan dua hala di antara dua buah negara.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Dato Abdullah Sani Omar berkata sejajar dengan kenyataan Joint Press yang dikeluarkan di akhir lawatan itu bahawa adalah penting bagi Malaysia dan Brunei Darussalam untuk membawa perhubungan ini kepada bidang substantif yang saling memberi faedah termasuk minyak dan gas.

Beliau berucap demikian di Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia ke 54 tahun yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, malam ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerana Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar Haji Apong dan Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah Haji Mohamad.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular