Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 September 2011

Sultan perkenan beri penghormatan terakhir

Baginda Sultan menunaikan solat jenazah diimamkan Yang Berhormat Pehin Mufti Negara.





BANDAR SERI BEGAWAN - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Pengiran Anak Haji Abdul Rahman Ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim yang meninggal dunia hari ini.

Turut berangkat mengiringi Baginda Sultan di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Sungai Tilong, Jalan Muara ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Baginda Sultan dan Pengiran Perdana Wazir juga berkenan menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham yang diimamkan Mufti Negara, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Abdul Aziz Juned.

Allahyarham yang berusia 65 tahun meninggal dunia pada kira-kira pukul 11 pagi di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Allahyarham meninggalkan seorang balu, lima anak dan 11 cucu. Allahyarham dikebumikan di Makam Diraja di Jalan Kubah Makam Diraja di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular