Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 September 2011

'Muslim perlu pakar bidang sains makanan'

Antara penerima Anugerah Biasiswa Muhammiyah, (dari kiri) Cik Nurhazwani Salleh, yang menerima biasiswa Anugerah Ibnu Taimiyyah bernilai $40,000, Cik Nursuhailah Abu Samat, Cik Nurhani Nasir dan Cik Syahirah Aiman Abbas yang masing-masing menerima $4,000.



SINGAPURA - BEKAS pelajar Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, Cik Nurhazwani Salleh, minat dalam bidang sains makanan dan manfaatnya dalam kehidupan Muslim.

Justeru, gadis berusia 23 tahun itu kemudian menceburi bidang tersebut di Politeknik Temasek.

'Soal makanan timbul dalam kehidupan harian orang Islam. Oleh itu, saya rasa perlu ada pakar daripada kalangan orang Islam yang mengkaji bidang ini,' kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Beliau kini mengikuti program ijazah teknologi makanan Universiti Massey yang ditawarkan di Politeknik Singapura.

Semalam, perjuangan Cik Nurhazwani dalam bidang itu diberi pengiktirafan apabila beliau menerima biasiswa Anugerah Ibnu Taimiyyah bernilai $40,000 dari Persatuan Muhammadiyah Singapura.

Lima lagi bekas pelajar madrasah telah menerima Anugerah Ibnu Sina bernilai $4,000 seorang.

Mereka ialah Nurhani Nasir, 20 tahun, dari jurusan Farmasi di Universiti Nasional Singapura (NUS); Cik Syahirah Aiman Abbas, 21 tahun, jurusan Pentadbiran Perniagaan di NUS dan Cik Nursuhailah Abu Samat, 29 tahun, jurusan Khidmat Sosial di Universiti Institut Pengurusan Singapura (SIM) - kesemuanya di peringkat ijazah sarjana muda.

Dua pelajar lagi ialah Cik Hanisah Abdullah Sani, 27 tahun, yang mengikuti program sarjana Sains Sosial di Universiti Chicago; dan Cik Tuty Raihanah Mostarom, 25 tahun, yang mengikuti program kedoktoran Pengajian Agama di King's College London.

Anugerah Biasiswa Muhammadiyah itu ditawarkan kepada pelajar-pelajar daripada bidang akademik atau ukhrawi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Ia bertujuan menggalakkan lebih ramai cendekiawan yang mahir dalam kededua bidang agama dan sekular atau saintifik.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular