Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 September 2011

Gian: Pemuda memeluk dan meraba-raba tubuh nenek




ALOR SETAR - Seorang penganggur dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam daripada pertuduhan mencabul seorang warga emas, tahun lalu.

Majistret, Sasha Diana Sabtu, membuat keputusan itu selepas mengambil kira soal kesihatan tertuduh serta keterangan daripada saksi tertuduh tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan adalah salah di sisi agama.

Mohd Saiful Nizam Kamarulzaman, 29, sebelum ini dituduh melakukan kekerasan jenayah iaitu mencabul dengan memeluk dan meraba-raba seluruh badan seorang perempuan Melayu berumur 52 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Alor Mengkudu, Alor Setar, pada 6 Disember 2010 sekitar jam 4 pagi.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Dalam penghakimannya, Shasa berkata, mahkamah melepaskan dan membebaskan daripada pertuduhan kerana mempunyai masalah dari segi kesihatan bagaimanapun dia ditahan di Tanjung Rambutan.

Penahanan itu berkuat kuasa dari tarikh 21 Disember 2010 sehingga mendapat menerima titah daripada Sultan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular