Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Ogos 2012

Gadis belasan tahun tawar khidmat seks palsu





KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang.

Dikenali dengan gelaran ‘ting-ting’, godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut berjaya memperbodohkan ramai kaum Adam yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.

Modus operandi yang dilakukan cukup mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek.

Tinjauan di kawasan popular di sekitar Kampung Air dekat sini mendapati rata-rata gadis yang dipercayai menawarkan khidmat seks palsu itu berusia belasan tahun serta berasal dari Filipina dan Indonesia.

Sumber memaklumkan, kepintaran gadis-gadis itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks.




PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular