Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Ogos 2012

Syiling RM36,800 bertaburan


Kejadian kemalangan lebuh raya utara selatan.




BUKIT BERUNTUNG - Tiga pengawal keselamatan cedera apabila sebuah van syarikat kawalan keselamatan yang membawa wang syiling terlibat kemalangan sebelum terbalik di Kilometer 426 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 12.10 pagi itu berpunca daripada masalah tayar belakang van sebelah kiri yang pecah sehingga mengakibatkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik.

Salah seorang mangsa, yang duduk di belakang van berkenaan, Ibrahim Jailani, 54, berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke Pejabat Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) di Ipoh, namun van gagal dikawal kenderaan sebaik tayar belakang sebelah kanan pecah di lorong tengah lebuh raya.

“Tayar belakang meletup dan merempuh besi penghadang di bahu jalan.

“Rempuhan mengakibatkan van berpusing-pusing dan terbalik sebelum menggelongsor merintangi jalan di lorong kiri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan van remuk manakala pintu belakang terbuka.

Ibrahim yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun sebagai pengawal keselamatan berkata, keadaan itu menyebabkan sebahagian wang syiling bernilai lebih RM30,000 tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan.

Katanya, kejadian tersebut turut menyebabkan sebuah treler yang mengekori di belakang turut terbabas kira-kira satu kilometer dari van terbabit ketika cuba mengelak daripada terlanggar van mereka.

"Treler terbabit telah merempuh besi pembahagi lebuh raya dan berpusing ke arah bertentangan," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular