Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Ogos 2012

Heboh: Jue Aziz bercinta dengan pemain bola sepak ATM


JUE AZIZ



KUALA LUMPUR - JUE AZIZ begitu terkilan kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang merupakan suami kepada pelakon Rita Rudaini.

NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak kebelakangan ini. seperti sudah terhakis dengan sebarang kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.

Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.

" 1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.

" Saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang" tegasnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular