Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 31 Julai 2013

10 pelancong Singapura cemas bas terbalik di lebuh raya


BAS pelancong dari Singapura yang remuk selepas terbalik di Pagoh semalam. Gambar kecil, Mohd. Rusdi.

PAGOH - Hasrat 10 pelancong Singapura untuk bercuti di Pulau Pinang tidak kesampaian apabila bas mewah yang mereka naiki terbalik ke kanan dan terseret di Kilometer 145.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 500 meter dari hentian Rehat dan Rawat Pagoh pada pukul 2 pagi itu mengakibatkan kesemua penumpang berusia antara 20 hingga 50-an cedera manakala seorang wanita warga emas pengsan akibat terhantuk.

Pemandu bas, Zainal Abidin, 50-an, dan Mohd. Rusdi Ahmad, 28, masing-masing cedera di kaki dan anggota badan selepas tercampak keluar dari bas milik sebuah syarikat di Ipoh, Perak itu.

Mengimbau semula kejadian itu, Mohd. Rusdi berkata, ketika dalam perjalanan, bas dipandu Zainal hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik dan terseret sejauh 15 meter.(kosmo)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular