Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 Julai 2013

Larangan eksport ikan: S'pura tidak terjejas teruk



SINGAPURA - LARANGAN eksport lima jenis ikan dari Malaysia tidak akan menjejas dengan teruk bekalan ikan Singapura.

Ini dinyatakan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dalam satu kenyataan semalam.

AVA berkata pada tahun lalu Singapura mengimport sebanyak 3,000 tan lima jenis ikan yang baru-baru ini dilarang Malaysia daripada dieksport, meliputi ikan sejuk dan ikan beku.

Lima ikan itu ialah kembung, pelaling, cencaru, selayang dan selar.

AVA berkata ikan itu membentuk 18 peratus daripada ikan yang diimport dari Malaysia.

"Namun, bilangan ini membentuk kurang 4 peratus daripada jumlah keseluruhan ikan yang diimport pada 2012.

"Pengimport kami sedang meningkatkan import lima jenis ikan ini dari sumber lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam untuk memenuhi kekurangan.

"Selalunya, ada tempoh singkat beberapa hari sebelum dan selepas Hari Raya Puasa apabila bekalan ikan akan berkurangan," kata jurucakap AVA.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenakan larangan eksport lima jenis ikan ke semua negara selama dua bulan bermula 10 Julai lalu hingga 10 September.

Pengimport ikan berkata mereka kini membayar sekurangkurangnya 20 peratus lebih bagi lima jenis ikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular