Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 11 Julai 2013

Pelakon 80-an didakwa tipu palsukan dokumen


KUALA LUMPUR - Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan dua pertuduhan memalsukan dokumen, tiga tahun lepas.
  
Bagi empat pertuduhan menipu, Putri Salbiah, 49, didakwa menipu seorang peguam, Ng Miow Hia, 48, dengan memperkenalkan orang bersamanya ketika itu, Maajis Senan, 69, dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, adalah Ahmad SK Duis dan Sipah Duis@Sipak Duez.
  
Ahmad dan Sipah adalah pemilik tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.
  
Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King, tingkat bawah bangunan Kuala Lumpur City Centre, di sini pada 10.45 pagi, 1 April 2010 dan pada 11 pagi, 23 Jun 2010.
  
Bagi pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen iaitu kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis dan Yang Azizah.
  
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
  
Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menurutnya jumlah itu munasabah kerana tertuduh tidak memberi kerjasama kepada polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu serta dibawa ke Miri untuk direman.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular