Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Julai 2013

Buaya disangka kayu hanyut

KUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sini terbantut apabila mereka menemui bangkai buaya tersangkut di tepi sungai, kira-kira jam 11 malam semalam.

Lebih mengejutkan, penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu pertama kali berlaku di kampung tersebut sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi.

Penduduk, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak sangka cahaya lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang, tertumpu pada objek besar disangka kayu yang tersangkut di tebing sungai.

Menurutnya, dia tidak tahu langsung mengenai objek tersebut, namun hampir menjerit apabila melihat terdapat seekor buaya muara tembaga dalam keadaan telentang ketika sampannya mendekati objek tersebut.

“Kami jarakkan sampan dan teliti daripada jauh. Namun beberapa minit kemudian, kami kembali memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan buaya itu yang mungkin cedera hingga mati, namun hanya gigi dan kuku tiada,” katanya.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, pula berkata, penemuan itu amat berharga sepanjang tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan sungai di sini.

“Ramai rakan cakap, mereka pernah terserempak buaya jenis itu dengan saiz lebih besar. Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing, namun haiwan itu tidak pernah mengganggu nelayan atau kaki pancing.

“Orang lama cakap buaya itu penunggu sungai. Saya anggap mitos sahaja dan mungkin hanya ada dua jenis buaya di sungai ini iaitu muara serta jelujong mengikut cerita nelayan yang pernah menemui haiwan tersebut,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular