Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 1 Julai 2013

Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000



KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang bermesyuarat di sini hari ini.
  
Beliau berkata penetapan kos itu adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011, yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.
  
"Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara," katanya.   

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarakat kali ke-10 jawatankuasa itu di Bangunan Parlimen.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia sebelum ini, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.
  
"Mungkin sesetengah pihak berkata kos telah naik dari RM4,500 ke RM8,000. Tetapi, sekiranya kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan itu, sampai bila-bila pun kita tidak dapat melaksana pengambilan pembantu rumah Indonesia.
  
"Indonesia sudah membandingkan dengan negara lain yang sanggup bayar tinggi. Rakyat Malaysia mahukan pembantu rumah. Kalau begitu, kita kena mengambil kira faktor di luar kawalan sebagai penanda aras walaupun kos dianggap tinggi," kata Muhyiddin.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata perubahan kos struktur itu akan dibawa ke dalam perundingan di antara kedua-dua kerajaan bagi mendapatkan persetujuan, agar dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.
  
Beliau berkata perinciannya akan disampaikan oleh Kementerian Sumber Manusia setelah mendapat persetujuan bersama, dan pihak yang berurusan dengan pengambilan pembantu rumah hendaklah mematuhinya.

Selain itu,  Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan juga memutuskan supaya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 tidak terpakai kepada pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
  
"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.
  
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.
  
Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular