Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Julai 2013

Sleeq bakal menetap di Malaysia


KUMPULAN Sleeq yang berasal dari Singapura bakal menetap di Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

KUALA LUMPUR - “Sekarang ini, kiranya saya sudah 80 peratus di Malaysia, cuma Alyph sahaja yang berulang- alik Singapura Malaysia kerana dia masih dalam latihan khidmat negara,” ujar salah seorang anggotanya Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah.

Selepas Aidilfitri ini juga, Sleeq bakal mengeluarkan album mereka dan mengadakan jelajah ke universiti tempatan.

Selain itu, Sleeq bakal mula menjalani penggambaran Khamis ini bagi sebuah drama yang mengisahkan perjalanan hidup Sleeq berjudul Sleeq and Friends terbitan Excellent Pictures.

Sementara itu, Syarif turut berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya, tahun depan.

Syarif telah mengikat tali pertunangan dengan peserta Singapore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly, hujung tahun 2011.

“Insya-ALLAH tahun depan (berkahwin). Kami sudah mengikat tali pertunangan hampir dua tahun,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, semalam.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular