Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 14 Julai 2013

Kalimah ALLAH: Malaysia tegah campur tangan asing


KUALA LUMPUR - Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Anifah berkata sebagai sebuah negara berdaulat campur tangan sebegitu akan hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu dalam menyumbang ke arah memastikan kestabilan dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia.
  
"Perkara ini (isu kalimah Allah) sedang didengar di Mahkamah Rayuan dan semua pihak perlu membiarkan kes itu diputuskan berdasarkan kedaulatan undang-undang negara," katanya.
  
Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian.
  
Sokongan terbuka biskop itu mendapat tentangan hebat beberapa kumpulan Islam yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif dan sangat menghina kepada umat Islam serta rakyat Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular