Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 1 Julai 2013

Sultan Johor minta semua pihak berhenti pertikai pelantikan Datuk Tee



JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta semua pihak berhenti mempertikaikan soal pelantikan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Baginda, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda Jaba Mohd. Noah, bertitah sama ada pihak MCA ataupun pihak yang lain haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak wajar untuk terus mempertikaikan kuasa Sultan Johor sebagai sultan yang memerintah negeri ini.

"Tuanku telah melantik Datuk Tee supaya setiap kaum yang utama ada wakil di dalam barisan Exco kerajaan negeri.

"Baginda tidak perlu untuk mendapatkan mana-mana cadangan daripada mana-mana pihak dan tidak juga perlu menjelaskan mengapa Datuk Tee dipilih,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Jaba, Sultan Johor juga menegaskan apa juga masalah yang timbul di dalam parti politik yang Tee sertai bukanlah menjadi isu terhadap pelantikan beliau sebagai Exco.

Katanya, baginda bertitah apa jua tindakan ke atas Tee adalah hak dan kuasa pada parti serta pemimpinnya dan baginda tidak akan mencampuri urusan dalam parti politik dan dalam masa yang sama baginda juga tidak mahu ada mana-mana parti mencampuri urusan pemerintahan baginda. (kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular