Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Jun 2013

WeChat: Umpan berahi, baru pelanggan


ANTARA wanita yang dipaparkan untuk dipilih bakal pelanggan.

KUALA LUMPUR - Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular