Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 14 Jun 2013

Angkara hina Sultan Johor


JOHOR BAHRU – Seorang eksekutif di sebuah syarikat pembinaan diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dengan kata-kata kesat melalui laman sosial Facebook (FB) pada Oktober tahun lalu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28.

Ahmad yang bekerja di RD Resources Sdn. Bhd. dan beralamat di Nombor 3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi FB di alamat Internet Protokol (IP) 175.139.168.216 melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371.

Tertuduh yang menggunakan nama profil Zul Yahya dalam akaun Facebook secara sedar telah memulakan penghantaran komen yang jelik terhadap Sultan Ibrahim.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular