Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 21 Jun 2013

Perang psiko Kiram


Laporan media Filipina, kelmarin.

KOTA KINABALU  -  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib  mengakui  pengganas Kiram  kini terpaksa melancarkan perang saraf  bertujuan untuk  memberikan semangat kepada  ahli-ahlinya untuk kembali kepada objektif asal mereka mahu merampas Kepulauan Borneo.

Beliau berkata, tindakan menyebarkan berita  kononnya berlaku pertempuran antara pihak  pengganas dan  pasukan keselamatan di Kampung Dengan, Tungku sebagai salah   bukti bahawa mereka sudah kehilangan sokongan daripada ahli-ahlinya.

“Ini taktik yang sudah kita jangka, kumpulan pengganas itu kini semakin   hilang sokongan dari ahli-ahli mereka, jadi langkah terdesak ini terpaksa diambil untuk mengembalikan sokongan dan semangat kepada pemimpin utama mereka termasuk Agbimuddin Kiram dan Jamalul Kiram.

“Walau bagaimanapun,   polis  dengan dibantu  oleh Angkatan Tentera Malaysia akan terus  mempertingkatkan kawalan dan rondaan di kawasan pantai timur Sabah termasuk di Zon Tanjung Labian dan Lahad Datu serta kawasan  lain yang dikenal pasti sebagai lokasi ‘panas’ sebelum ini,” katanya, semalam.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular