Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Jun 2013

Cabul: Artis mahu kisahnya jadi pengajaran


KUALA LUMPUR- Pendatang baru dalam arena seni yang mendakwa dirinya dicabul seorang pengarah drama tampil membuat kenyataan kepada media hari ini.

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, tindakan beraninya membuat pendedahan ini supaya kisahnya dapat dijadikan iktibar kepada artis-artis baru di negara ini.

"Kehadiran saya hari ini bagi menjelaskan bahawa matlamat saya adalah ingin memastikan perkara sebegini (cabul) tidak berlaku kepada artis baru yang lain," katanya kepada pemberita pada sidang media anjuran Karyawan.

"Kes ini saya telah serahkan kepada polis, saya harap ianya menjadi pengajaran kepada orang di luar sana," tambahnya lagi.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, wanita ini pernah membintangi lapan buah drama dalam tempoh lima bulan bergelar artis.

Antara drama lakonannya ialah 'Cinta Jangan Pergi', 'Siti Kelambai' dan 'Puteri Salju'.

Hadir sama pada sidang media sama ialah Presiden Karyawan Freddie Fernandez serta Peguam Karyawan Aizul Rohan Anwar.

Menyentuh mengenai perkara ini, Freddie menjelaskan bahawa Karyawan sebagai satu badan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan artis merasa terpanggil untuk membantu pelakon baru ini.

"Karyawan akan sentiasa tampil kehadapan bagi membantu artis yang teraniya sepertinya.

"Kami akan mengusulkan satu cadangan kepada pihak kerajaan supaya kami boleh membuat satu garis panduan khususnya dalam industri perfilemen bagi mengelak perkara sebegini berulang," katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan seorang pengarah drama tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Pengarah berusia sekitar 60-an itu hadir di IPD Tampin kira-kira 10.30 semalam pagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan seorang pelakon wanita baru yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah rehat, di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular