Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 19 Jun 2013

Shila Amzah turun berat badan 10 kg

KUALA LUMPUR - Shila Amzah yang sedang giat membina kerjayanya di Shanghai mengibaratkan hidupnya di sana bagaikan di kem tentera.

berpeluang menemui anak gadis ND Lala ini di Majlis Pelancaran Anugerah Industri Muzik ke-20, hari ini.

"Saya rasa macam kat kem tentera," katanya sambil ketawa apabila diminta berkongsi cerita kehidupannya di Shanghai.

Shila memberitahu, terdapat beberapa tugas yang perlu dilaksanakan olehnya termasuk menurunkan berat badan.

"Pihak pengurusan di sana sangat teliti. Bos beri saya tugas-tugas tertentu yang saya perlu buat. Antaranya, belajar bahasa Mandarin, belajar lagu baru untuk persembahan dan turunkan berat badan.

"Saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg). Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan 5 kg. Saya perlu ke gimnasium selalu," katanya yang tidak mengambil sebarang daging sepanjang tempoh itu.

Shila juga memberitahu, dirinya mengambil masa seminggu untuk belajar lagu opera berjudul Time To Say Goodbye.

"Lagu opera memang tak pernah buat, jadi, itu cabaran untuk saya. Lagu itu untuk persembahan di majlis anugerah dan setiap majlis anugerah, lagu yang diberi berlainan.

"Pasaran opera di sana agak besar. Ia seolah-olah pendedahan buat saya kepada golongan selain golongan muda," katanya.

Mengulas soal perkembangan bahasa Mandarin yang dipelajarinya, Shila mengakui ia masih belum mencapai tahap standard.

"Untuk perbualan harian, saya dah lepas tapi untuk bahasa standard masih belum lagi.

"Sekarang saya 'disimpan' dulu. Mereka beri saya dua bulan untuk pelajari bahasa Mandarin sebab mereka ada projek besar untuk saya," katanya.

Menurut  Shila jadual hariannya kini sangat padat.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular