Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 9 Jun 2013

‘Khidmat kocok-kocok’Di Taiping,Perak


MAK nyah menunggu pelanggan di sekitar Taman Eliathamby.

TAIPING - Taiping: Terkenal dengan jolokan ‘khidmat kocok-kocok’, sekumpulan pelacur pondan tempatan dikesan menjadikan kawasan perumahan awam di Taman Eliathamby di sini, sebagai markas untuk menjalankan aktiviti maksiat terutama pada waktu lewat malam.

Kegiatan maksiat yang dilakukan tidak jauh dari Taman Tasik Taiping itu menyediakan tawaran pelbagai pakej antaranya urutan berahi, urutan badan ke badan serta seks.

Rata-rata pondan yang berkeliaran di hadapan rumah dan kawasan taman berhampiran menawarkan perkhidmatan serendah RM20 hingga RM100 bagi pelanggan yang mahu menyewa mereka untuk satu malam.

Penduduk dikenali sebagai Wahab, 38, berkata, kegiatan maksiat yang semakin menjadi-jadi itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga jam 5 pagi setiap hari.

Menurutnya, rata-rata pondan terbabit tidak segan menjalankan kegiatan serta menawarkan khidmat seks walaupun menyedari ia tidak disenangi penduduk berhampiran.(metro)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular