Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 Jun 2013

Songket dari benang serat nanas


Asfaziha menunjukkan bantal yang dihasilkan daripada songket yang dijual dengan harga RM150 pada Sambutan Bulan Pengguna 2013 di Dataran Batu Buruk.

 KUALA TERENGGANU – Tenunan kain songket yang diperbuat daripada benang serat nanas adalah antara produk yang paling mencabar untuk dihasilkan.

Anak kelahiran Johor Bahru yang kini menetap di Marang, Asfaziha Abdul Karim, 32, berkata, sepanjang 10 tahun berkecimpung di dalam industri songket, tenunan daripada benang yang diperbuat daripada serat nanas adalah paling sukar untuk dihasilkan.

“Benang daripada serat nanas perlu disambung dahulu sebelum dicantum menjadi kain songket. Tempoh untuk hasilkan bergantung kepada produk, biasanya, paling lama pun dalam tiga bulan.

“Songket dari benang serat nanas ini akan dihasilkan produk seperti sampin dan pakaian tradisional. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi, sabar dan tumpuan yang tinggi,” katanya.

Asfaziha menuntut selama tiga tahun setengah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Diploma Seni Kraf Tenunan.

Menurutnya, minat mendalam dalam bidang itu mendorongnya untuk menyertai Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia sebagai tenaga pengajar.

“Mengajar tenunan dan beberapa kemahiran lain juga adalah satu bidang yang mencabar, tambahan pula jika kita mengajar mereka yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang ini.

“Setakat ini, di Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia, saya mengajar 10 individu yang mengambil latihan jangka pendek selama enam bulan. Di samping menghasilkan songket, terdapat beberapa produk lain yang diajar seperti anyaman, batik, kayu, logam dan seramik,” katanya.

Menurutnya, songket dan logam (tembaga) adalah asas seni warisan di Terengganu dan tidak hairanlah bidang tenunan songket dan ukiran tembaga mendapat sambutan ramai untuk mempelajari dengan lebih mendalam.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular