Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 14 Jun 2013

Ikan bengalan berharga mencecah RM130 sekilogram


RUDIS (kanan) dan anaknya, Petrus menunjukkan ikan bengalan (atas) dan ikan labang yang ditangkap di Sungai Rajang ketika ditemui di Belaga kelmarin.

BELAGA – Ikan air tawar, bengalan kini menjadi kegilaan ramai ekoran rasa isinya yang enak walaupun harga ikan liar itu dijual sehingga mencecah RM130 sekilogram.

Bengalan atau nama saintifiknya, Puntioplites Bulu atau turut dipanggil tenggalan, merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai pasaran tinggi.

Menurut seorang nelayan, Rudis Tugang, 44, walaupun harga ikan itu tidak setanding dengan harga ikan empurau yang dianggap raja Sungai Sarawak dan ikan semah, keenakan isi bengalan dianggap antara yang terbaik.

“Isinya lembut, padat dan lazat, manakala proses memburunya yang sukar telah membuatkan harga ikan ini sangat mahal sehingga mencecah RM130 sekilogram.

“Bengalan hidup di air bersih dan sungai besar seperti Sungai Rajang,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular