Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 5 Jun 2013

Putus Cinta: Pemuda gantung diri di bilik tidur


MAYAT lelaki yang menggantung dirinya dimasukkan ke dalam van jenazah di Hospital Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR - Kecewa kerana ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung Ketior, di sini semalam.

Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis.

“Ibu mangsa yang berasa curiga sebaik anaknya tidak keluar dari bilik tidur pada pagi itu tergerak menjenguk mangsa di bilik. “Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ibunya terkejut apabila mendapati mangsa tergantung di dalam bilik berkenaan.

“Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular