Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 Jun 2013

Tiup ‘tuang’ kumpul penduduk



PASIR PUTIH - Generasi hari ini, tidak mengenali alat muzik atau alat telekomunikasi purba yang digunakan nenek moyang mereka pada masa lampau.

Menyedari keadaan itu, seorang penggiat kesenian tradisional di sini, menghasilkan ‘tuang’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Rajab Latif, 65, berkata, bahagian hujung tanduk dipotong dengan teliti, bagi menghasilkan lubang yang mampu mengeluarkan bunyi kuat seperti semboyan apabila ditiup.

Katanya, kesilapan memotong hujung tanduk akan menyebabkan tuang tidak mengeluarkan bunyi.

“Saya sudah beberapa kali membuatnya tapi belum dapat menghasilkan bunyi yang benar-benar memuaskan, sekali gus menggambarkan kepada kita betapa hebatnya nenek moyang kita,” katanya kepada wartawan.

Bagaimanapun katanya, dia berbangga kerana dapat menunjukkan alat muzik itu kepada generasi baru yang rata-rata tidak pernah melihatnya, apatah lagi mendengar bunyinya.

Rajab berkata, bunyi juga tidak dapat dihasilkan sekiranya tidak menggunakan teknik meniup dengan betul.

Beliau yang berpengalaman membuat alat muzik tradisional sejak hampir 40 tahun berkata, bukan semua orang mampu meniupnya dengan baik dan bukan semua orang juga layak meniupnya.

“Fungsi alat ini ialah untuk mengumpul penduduk kampung mengadakan pelbagai program seperti gotong-royong dan kenduri.

“Tuang ditiup secara berterusan kerana orang ramai akan berjalan keluar menuju ke arah bunyi tersebut,” katanya.

Tuang juga katanya, ditiup ketika berlaku kes kecemasan yang hanya akan diketahui penduduk yang menuju ke arah bunyi itu.

Rajab yang menerima Anugerah Penggiat Seni Budaya Negeri Kelantan daripada Majlis Jaksa Pendamai tahun lalu, berbangga kerana menjadi individu penting dalam membangunkan kesenian tradisional negeri ini. (sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular