Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 7 Jun 2013

' Nenek Kental ' panjat pokok kelapa


ZABEDAH mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.

KUALA KANGSAR -  Seorang warga emas layak digelar ‘nenek kental’ apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Zabedah Mansor, 59, ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.

Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. “Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja,” katanya.

Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.

“Sebenarnya upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok juga, jika pokok itu rendah, hanya RM5, manakala pokok tinggi dikenakan bayaran RM10.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular