Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 27 Januari 2012

Ustazah ditemui mati berlumuran darah

Foto hiasan






SINGAPURA - SEORANG wanita Melayu berusia 54 tahun, dipercayai seorang guru Al-Quran, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di lantai dapur flatnya di Eunos Crescent, petang semalam.

Polis telah memberkas seorang lelaki Melayu berusia 30 tahun, dipercayai anaknya, berhubungan kes itu di kawasan Queenstown.

Polis menyifatkan kes itu sebagai satu pembunuhan, dan siasatan sedang dijalankan.

Jurucakap polis ketika ditemui di tempat kejadian berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.28 petang tentang penemuan mayat itu.

Mangsa, yang dikenali jiran-jiran dengan panggilan 'Esah', ditemui dengan kesan-kesan luka di seluruh tubuhnya, namun masih belum dapat dipastikan objek yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Pasukan paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan kematian mangsa pada 2.37 petang.

Wanita itu, yang menurut jiran-jirannya seorang ustazah yang mengajar kanak-kanak mengaji, ditemui di flatnya di tingkat 12 di Eunos Crescent.

Jiran-jirannya yang ditemui berkata mangsa tinggal bersama anak lelakinya serta menantu dan cucunya di flat itu sejak lebih sedekad lalu.

Cik Patricia Koh, 41 tahun, yang bapanya tinggal di tingkat 12, berkata beliau terkejut apabila melihat darah melimpah di ruang tamu ketika menjenguk flat mangsa, sekitar 2 petang.

Beliau hampir pengsan apabila melihat mayat mangsa yang berlumuran darah, terbaring di lantai dapur flat itu.

Cik Koh berkata beliau ketika itu ke rumah bapanya untuk mengambil barang makanan untuk dibawa ke rumah mak ciknya di Bukit Timah sempena Tahun Baru Cina.

'Saya hairan melihat ramai pegawai polis di luar. Saya pun tanya seorang lelaki Melayu di luar flat itu, tetapi dia berdiam diri. Jadi saya pun jenguk flat itu. Berdiri bulu roma saya apabila lihat mayat terkujur di dapur,' ujarnya, sambil menambah beliau sering melihat kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran di rumah mangsa.

Beliau menyifatkan mangsa sebagai baik hati, peramah dan berkata jirannya itu akan memberi keluarganya lauk-pauk seperti lontong dan coklat setiap kali Hari Raya.

Seorang lagi jiran, yang mahu dikenali sebagai Cik Jah, 56 tahun, dan tinggal di tingkat tiga, berkata mangsa mengajar kanak-kanak mengaji sekitar empat atau lima kali seminggu. Beliau berkata suami mangsa telah meninggal dunia sekitar tiga atau empat tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular