Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

SAJIAN BERITA MENARIK NEGARA MALAYSIA - INDONESIA - SINGAPURA - BRUNEI ...UPDATE 3 KALI SEHARI.



Rabu, 25 Januari 2012

MLM: Niat halal cara haram




KUALA LUMPUR - Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.

“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Jom klik khas untuk kalian..

Pengikut

Test for your internet speed

1MALAYSIA

1MALAYSIA
1 Semangat

Ads

ADV

Ads

Catatan Popular

FREE WEBSITE - GRATIS !!

Tukaran Mata Wang [ Currency exchange ]


Tukaran mata wang
 terkini:


Unit

Daripada

Kepada