Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Januari 2012

3 sekawan selamatkan tiga orang dari lemas di Desaru

(Dari kiri) Mohd Syafiq, Cik Rita Zuhaida dan Cik Siti Aqilah.





SINGAPURA - HASRAT di hati hendak berkelah dan bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Desaru, sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.

Namun, Cik Rita Zuhaida Mohamed Nazeer tidak menyangka beliau akan menjadi penyelamat kepada sekumpulan warga Malaysia yang hampir lemas di sana.

Kelmarin, warga Singapura itu bersama temannya, Cik Siti Aqilah Jahari, dan anak saudaranya, Mohd Syafiq Arsyad Zainul Abidin, berjaya menyelamatkan dua orang lelaki dan seorang remaja perempuan daripada tenggelam dan menemui ajal.

Cik Rita Zuhaida ke tempat peranginan di Johor itu bersama-sama sembilan lagi anggota keluarganya sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.

Sekitar 1.30 petang kelmarin, Cik Rita Zuhaida, 24 tahun; Cik Siti Aqilah, 22 tahun, dan Mohd Syafiq, 16 tahun, sedang berenang di kawasan paras dada apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada seorang remaja perempuan yang berada sekitar 10 meter dari mereka.

'Remaja tersebut berdekatan kawasan batu-batu besar bersama enam lagi rakan.

'Kami mulanya sangkakan dia sedang bergurau sahaja kerana sekumpulan remaja yang berada berdekatan dengannya pula tidak mengendahkan jeritannya,' kata Cik Rita Zuhaida, seorang akauntan.

'Namun beberapa saat selepas itu, kami lihat ketujuh-tujuh mereka terkapai-kapai dalam laut. Tanpa membuang masa, kami berenang ke arah mereka dan cuba menyelamatkan mereka,' sambungnya.

Menurut Cik Rita Zuhaida, ketujuh-tujuh yang lemas adalah rakyat Malaysia berbangsa India dan terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua remaja perempuan dan tiga remaja lelaki.

Mohd Syafiq, seorang pelajar warga Malaysia, berjaya menyelamatkan remaja perempuan sebelum kembali menyelamatkan dua lelaki dewasa dengan bantuan Cik Rita Zuhaida dan Cik Siti Aqilah.

'Kedua-dua lelaki yang kami selamatkan itu berbadan besar dan keadaan mereka yang terkapai-kapai menyukarkan kami membantu.

'Beberapa kali saya terbenam ke dalam air. Akhirnya, saya menolak punggung mereka sehingga selamat sampai ke tempat lebih cetek,' kata Cik Rita Zuhaida.

Mereka cuba menyelamatkan kesemua yang lemas itu tetapi tidak berdaya kerana arus terlalu kuat.

Setelah hampir 30 minit bertarung nyawa, enam daripada tujuh mangsa yang hampir lemas itu berjaya diselamatkan dengan bantuan beberapa orang awam.

Mayat seorang yang tidak dapat diselamatkan, seorang lelaki berusia 17 tahun, ditemui sekitar 4 petang di kawasan berbatu di situ.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular